assalam. . salam ukhuwah...salam pena wa kertas...hehehe(almaklumlah...exam fever)ngeh3...
MOTIF AKU : SHARING. . .
TITTLE : PENGGUNAAN KATA HUBUNG
SUMBER : BUKU PEMBENTUKAN KATA DALAM BAHASA MELAYU OLEH TUAN HAJI AHMAD KHAIR MOHD NOR (our beloved lecturer of Morfologi Bahasa Melayu...(~_~)
............................................................................
.............................................................
.....................................................
........................................
............................
.................
.........
......
....
..
.
CoOL
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ BEGINS!~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Dalam penggunaan kata hubung, terdapat beberapa kesalahan yang sering dilakukan.
1. jika sekiranya/ kalau sekiranya/ agar supaya
SALAH sebab kedua- duanya mendukung makna yang sama. Oleh itu, pilihlah satu sahaja.
2. Kata bila sebagai kata tanya digunakan sebagai kata hubung. Kata hubung yang tepat ialah apabila.
3. Frasa tanya yang mana atau seperti mana dijadikan sebagai kata hubung relatif yang.
4. Kata sebab sebagai kata nama dijadikan kata hubung yang sepadan dengan kerana. Jika hendak dijadikan kata hubung sebab perlu disertai kata sendi oleh lalu menjadi oleh sebab.
Disebabkan kata kerana memang kata hubung, maka kerana tidak boleh digabungkan dengan oleh untuk membentuk oleh kerana.
5. Penggunaan ini kerana timbul sebagai akibat pengaruh bahasa Inggeris. (motif? salah tau guna ini kerana). Contoh ayat : Ini kerana negara kita akan mencapai status negara maju pada 2020.
hujah: kerana sebagai kata hubung dalam ayat contoh tidak menggabungkan dua klausa, sebaliknya menggabungkan kata dengan klausa. Ayat tersebut dapat dibaiki dengan menggunakan Hal ini demikian kerana .
p/s : tak paham jugak huh...xdapek den nak nOlong..~~heheehe
. . . . . .NEXT . . . . . .
6. Kata hubung justeru digabungkan dengan itu lalu membentuk justeru itu kerana menganggap justeru itu bermaksud oleh itu. Kata justeru mendukung makna "malahan" atau bahkan".
Oleh itu, tidak tepatlah penggunaan justeru itu kerana tidak wujud bentuk malahan itu atau bahkan itu. Selain itu, justeru tidak boleh berada di awal ayat.
7. Kata sehubungan itu juga salah dari segi penggunaan kata hubung. Kata sehubungan terdiri daripada imbuhan se- yang membawa makna "sama", dan kata hubungan yang mendukung makna "kaitan, pertalian".
Oleh sebab kata dengan tidak terangkum dalam maksud hubungan, maka kata dengan harus ada bagi menjadikan ayat itu gramatis. Sehubungan dengan itu . . .sehubungan itu. . . .
Oleh sebab kata dengan tidak terangkum dalam maksud hubungan, maka kata dengan harus ada bagi menjadikan ayat itu gramatis. Sehubungan dengan itu . . .
AKHIR KATA DARI I M A N :
Selamat Menghadapi Peperiksaan . . .
kepada kekawan yang nak jawab paper morfo esOk aku doakan korang semua TENANG. .
dun GELABAH2 . . dun COPY2 . . dun 'TEH2' . .
kang kene 'tangkap' wat nayaaa aja~~~
ingat2!!
setiap masa . . . bismillah . . .
SEMOGA ILMU KITA SEMUA DIBERKATI ALLAH TA'ALA. . .
insya'Allah . . Amen~~~
5 sharing.caring.loving.helping.:
yea..yea..da ade entri bru..hihihih
bismillah..emmmmm
gud point..hihihihi..
kne prepare awal2kan..
DOA + USAHA + IKHTIAR + TAWAKAL..
insyaALLAH boley wt..
wish u all da best sayang
jgn lupe bwk slip, kad m3x n IC taw..
yg pnting..jgn lupe bwk pen...hihihih
aja2 fighting..weeee..
oteyh bos!huhuhu
insya'Allah...1 paper ready tO gO~~~weeee.....
mode: uhukkk...dlm ati bedebOr..lubduplubdup. . . grrr
(~_~)V
i follow u..follow me back k? :)
ORITE~~
Post a Comment