RSS

Pages

UJIAN PSIKOLOGI : KESAHAN DAN KEBOLEHPERCAYAAN

S A L A M  U K H U W A H  WA   I M T I H A N . . .

cak!macam biasa laa..juz wanna drop by sekejap jek...hikhik...kira entry kali ini assignment waktu msim exam ni laa..hakahakkkkkk...opsss..(~_~)V

kisah bermula. . . . jeng jeng jeng  (konon suspen jerk...)

Menurut Sidek (1990), sesuatu ujian dikatakan mempunyai kesahan yang tinggi sekiranya kebolehannya mengukur apa yang sepatutnya ia ukur adalah tinggi. (paham tak..?ngeh3)
Ini bermakna sesuatu alat yang berupaya mengukur dengan tepat sesuatu pembolehubah yang ditetapkan adalah dianggap sebagai alat pengukur bagi pembolehubah tersebut. 

Kesahan sesuatu alat ukuran dapat dilihat dari 3 aspek :
1. Kesahan Kandungan
2. Kesahan Kriteria
3. Kesahan Gagasan

Kesahan boleh dibahagikan :
1. Face Validity
2. Content Validity
3. Contruct Validity
4. Predictive Validity
5. Concurrent Validity

lagi....

Guion dalam Brown mencadangkan 5 syarat yang perlu ada sebelum ujian dianggap mempunyai kesahan:
1. bidang kandungan mestilah dinyatakan dalam bentuk tingkah laku yang secara umum diterima maknanya.
2. bidang mestilah dihurai dengan jelas
3. bidang mestilah relevan dengan tujuan penggunaan ujian.
4. hakim- hakim yang berkelayakan mestilah bersetuju bahawa bidang telah disampel secara mencukupi.
5. gerak balas mestilah diperhati dan dinilai secara tekal.


INDEKS KEBOLEHPERCAYAAN

Suatu pekali/ indeks kebolehpercayaan dapat ditentukan dengan menggunakan kaedah korelasi iaitu dengan mengkorelasikan dua set skor yang diperolehi hasil gerakbalas subjek terhadap item- item dalam ujian. 

maka...

untuk mendapatkan dua set skor tersebut kaedah yang digunakan ialah:

1. Kaedah kebolehpercayaan uji dan uji kembali
2. Kaedah berbahagi dua
3. Kaedah berbentuk setara
4. Kaedah Kuder-Richardson

tambahan lagi....
kebolehpercayaan sesuatu alat ujian boleh dipertingkatkan dengan cara:

1. Penyataan item yang jelas dan tepat
2. Item- item yang digunakan hendaklah homogenous
3. Arahan ujian mestilah jelas, ringkas dan padat 
4. Tiada gangguan semasa ujian dijalankan
5. Pengumpulan data dilakukan secara piawai, serupa dan terkawal 

1 sharing.caring.loving.helping.:

s A i F u L z A k W a N ® said...
This comment has been removed by a blog administrator.