BERMULALAH KISAH.............................( syair jap) hehehe=D
Nabi Muhammad S.A.W. dilahirkan di Kota Mekah pada tahun Gajah bersamaan tahun 570 Masehi. Pada tahun baginda dilahirkan berlakunya pengepungan tentera bergajah ke atas Kota Mekah yang datang dari negeri Yaman kerana mahu meruntuhkan Ka'abah, Rumah Allah yang suci.
Bonda Baginda bernama Siti Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf bin Zuhrah bin Kilab. Manakala nama ayahanda Baginda ialah Abdullah bin Abdul Mutalib bin Hashim bin Abdul Manaf.
Pada saat Nabi Muhammad S.A.W. dilahirkan banyak perkara yang tidak mampu diduga oleh akal manusia berlaku. Keajaiban terjadi di seluruh alam.
Tambahan lagi, Baginda tidak menangis seperti kanak- kanak biasa ketika dilahirkan malahan Baginda telah bersin. Samalah dengan yang telah terjadi kepada Nabi Adam a.s. ketika ditiupkan roh ke dalam jasadnya; justeru Nabi Adam bersin.
Suasana di dalam rumah Abdul Mutalib ketika Siti Aminah mahu melahirkan Baginda hanya diterangi oleh cahaya pelita atau damar sahaja. Namun sebaik sahaja Baginda dilahirkan tiba- tiba rumah itu menjadi terang- benderang sehingga rumah Abdullah itu keadaannya menjadi seperti siang hari. Di luar rumah pula berhala- berhala yang berdiri megah di sekeliling Ka' abah semuanya tumbang seperti ditolak oleh satu tenaga yang kuat dari arah Ka' abah. Di tempat lain, api di Parsi yang menjadi pujaan rakyat Parsi yang beragama Majusi, di mana apinya tidak pernah padam- padam sejak dinyalakan, tiba- tiba sahaja terpadam. Istana Maharaja Parsi, Kisra pula bergoncang. Manakala di atas langit pula para malaikat bercerita mengenai kelahiran insan mulia yang akan membawa obor yang terang- benderang untuk menyuluh sekalian manusia yang sedang bergelumang hidup di dalam kesesatan.

~~AYUH BERSELAWAT KE ATAS JUNJUNGAN KITA SEMUA~~
3 sharing.caring.loving.helping.:
waa...entri bru..hehehe
psl sirah nabi lak tu...
haa..ad sumthing aq nk bgtau pas bce entri ni..jengjengjeng...hehehe
sempena Maulidur Rasul kan...
haa....tOinktOinktOink,,kihkih..
per die??
hehehe..t kite story...
jengjengjeng...
Post a Comment