RSS

Pages

masanya akan T I B A . . . .

assalamualaikum....
salam perpaduan..salam Satu Malaysia..Malaysia Satu..!kihkih..
hurmmm...entry aku kali ini nak share pasal exam lagi
ngeh3..;p. . . almaklumlah..inilah salah satu cara aku nak ingat... 
p/s: terimalah aku seadanya..mood: jiwangsssss..hihihi
 . 
.
.
.

Pendidikan Khas di Malaysia adalah satu usaha yang berterusan untuk melahirkan insan yang berkemahiran, berhaluan, berupaya, beriman, berdikari, mampu merancang dan menguruskan kehidupan serta menyedari potensi diri sendiri sebagai seorang individu dan ahli masyarakat yang seimbang dan produktif selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.


Kejayaan orang-orang istimewa

Setiap orang mempunyai impian dan cita-cita tersendiri. Jika diberi peluang pastinya mereka dapat meneroka dan memperkembangkan minat masing-masing. Dengan minat yang ada, sudah tentunya ia akan membuahkan hasil dan menampakkan kejayaan. Ini sudah pastinya meningkatkan motivasi dan kepercayaan diri dalam diri individu.

Mungkin anda sebagai ibu bapa mempunyai impian melihat anak –anak anda menjadi pilot, doktor, peguam dan menjawat jawatan yang tinggi. Persoalannya apakah jawatan tersebut sesuai dengan kemampuan anak anda yang mempunyai sifat-sifat yang terbatas? Namun begitu, anda seharusnya tidak berputus asa kerana meskipun mereka dilahirkan dengan keadaan yang tidak sempurna, mereka masih dapat mengecap nikmat kehidupan dengan gembiranya. Apa yang penting, kepuasan dalam bidang yang diceburi mengikut minat masing-masing meskipun golongan istimewa mempunyai kebolehan yang terbatas, ibu bapa seharusnya memberi kepercayaan dan galakan kepada mereka dalam apa jua bidang yang mereka ceburi. Dengan pendidikan dan latihan yang sepatutnya, orang-orang istimewa mampu beroleh kejayaan. Sejarah telah membuktikan, golongan istimewa juga mampu melakukan tugas seperti orang lain malah kadangkala lebih baik lagi!



Nothing in his childhood suggested any vestige of genius. 
Just the opposite, there was reason to believe young Albert was slow! 
Even at the age of nine, he lacked the ability to speak fluently. 
His parents suspected that maybe he was less than normal since he required extra time to compose answers to questions posed to him.
His teacher remarked to his father that it does not matter in which profession he would choose, 
he would never succeed... 

 Leonardo da Vinci

 Thomas Alva Edison


Apa Dia Pendidikan Khas ?
……… Pengajaran yang bercorak individu direka untuk memenuhi keperluan-keperluan pendidikan yang berkaitan dengan murid-murid kurang upaya. Pendidikan Khas yang menyediakan peluang-peluang pembelajaran yang tidak disediakan dalam kurikulum yang baku atau biasa atau perkhidmatan-perkhidmatan sekolah biasa “.


PROGRAM PENDIDIKAN KHAS
Program pendidikan khas di Malaysia dilaksanakan melalui:-
  • Sekolah Khas
  • Progam pendidikan Khas Integrasi (pengasingan/inklusif)
  • Pemulihan Khas
  • Program Disleksia
  • Pendidikan Vokasional sekolah khas/integrasi(teknik/Vokasional) 
  •  
  • Kepentingan pendidikan khas juga jelas dinyatakan dalam Laporan Jawatankuasa Kabinet yang mengkaji
    Perlaksanaan Dasar Pelajaran 1979 melalui Perakuan 169 di mana ia merupakan
    Prosiding Seminar Penyelidikan Siswazah UKM 53 permulaan yang membawa penekanan dan tumpuan yang lebih jelas kepada perkembangan Pendidikan Khas di Malaysia iaitu:  “Dengan adanya kesedaran bahawa kerajaan seharusnya bertanggungjawab terhadap pendidikan kanak-kanak cacat, adalah diperakukan kerajaan hendaklah mengambilalih sepenuhnya tanggungjawab pendidikan itu dari pihak persatuan yang mengendalikannya pada masa ini” (Perakuan 169:264). 
  • Hasil daripada laporan tersebut, pihak KPM telah menubuhkan beberapa buah sekolah Pendidikan Khas untuk kanak-kanak berkeperluan khas dan memperbanyakkan program integrasi di sekolah-sekolah biasa. Kementerian telah menjalankan beberapa usaha untuk meningkatkan perkhidmatan pendidikan untuk
    kanak-kanak berkeperluan khas bukan sahaja dari segi kuantiti tetapi dari segi kualiti (KPM, 2001).
  • Bahagian Pendidikan Khas (BPK) ditubuhkan pada 1 Oktober 1995 di mana ia bertanggungjawab untuk merancang dan mengurus semua sekolah pendidikan khas rendah dan menengah serta menyelaras semua Program Pendidikan Khas Integrasi. Selain dari itu BPK juga menyelaras dan menilai dasar-dasar dan peraturan dari segi peluang pendidikan yang seimbang, khidmat bantu dan sokongan bagi murid berkeperluan khas dan dasar pendidikan vokasional pendidikan khas. Program Sekolah Pendidikan Khas ditadbir sepenuhnya oleh Bahagian Pendidikan Khas,manakala Program Pendidikan Khas Integrasi dan Program Pemulihan Khas ditadbirkan sepenuhnya oleh Jabatan Pelajaran Negeri. 
  • Program Pendidikan Khas Integrasi Teknik dan Vokasional pula ditadbirkan oleh Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional. Bahagian Pendidikan Khas juga bertanggungjawab terhadap perkara-perkara yang berkaitan dengan dasar dan pengisiannya (Bahagian Pendidikan Khas, 2008). 
  • Program Integrasi ini adalah satu program yang bertujuan untuk memberi pendidikan kepada murid berkeperluan khas serta membolehkan mereka menikmati alam persekolahan yang sama dengan pelajar arus perdana. Menurut Kementerian Pelajaran Malaysia (2008), kanak-kanak bermasalah pembelajaran di kenalpasti dan disahkan oleh pakar perubatan mengalami kecacatan yang mengganggu proses pembelajaran.
  • sumber :http://ppdlms.edu.my/pk/





  • STRATEGI PERLAKSANAAN PROGRAM PENDIDIKAN INKLUSIF ( ~_ ~ ) 
  •  
  •  
  •  
  • Pada peringkat permulaan Pendidikan Inklusif dijalankan secara ‘Partikal Integration’ sahaja. Perlaksanaan yang dijalankan secara berperingkat ini bertujuan bagi memudahkan pihak pentadbiran mengenal pasti guru-guru kelas normal yang sesuai dan inovatif sebagai guru integrasi. Pilihan yang tepat ini sangat penting dalam menjayakan Program Pendidikan Inklusif. Pada tahun 2006 sebagai tahun permulaan, Program Pendidikan Inklusif ini dijalankan secara ‘Partikal Inclusion’

  • Berikut disenaraikan langkah-langkah yang telah dijalankan dalam perlaksanaan Pendidikan Inklusif di sekolah ini.
  1. Mengadakan sesi perbincangan dengan pihak pentadbir dan guru-guru kelas normal yang akan terlibat dengan  perlaksanaan Program Pendidikan Inklusif.
  1. Mengumpul, menganalisis data dan maklumat murid-murid Khas yang akan mengikuti Program Pendidikan Inklusif.
  1. Mengadakan sesi suai kenal di antara Kanak-kanak khas dan kanak-kanak normal.
  1. Menyediakan kemudahan bagi memenuhi keperluan fizikal kanak-kanak khas dalam bilik darjah biasa.
  1. Meninjau sejauh mana kemahiran yang telah diajar di kelas normal.
  1. Guru Pendidikan Khas menyusun strategi pengajaran dan pembelajaran yang bersesuaian dengan keperluan kanak-kanak khas ini.
  1. Menyediakan alat bantu mengajar mengikut keperluan kanak-kanak khas.
  1. Kanak-kanak khas ini ditempatkan dalam kumpulan kanak-kanak normal semasa mengikuti sesi P&P di dalam kelas normal.
  1. Menjalani P&P mengikut jadual yang telah ditetapkan.
  1. Penilaian keberkesanan Program Pendidikan Inklusif dijalankan secara berperingkat-peringkat.


sekian. . .


    2 sharing.caring.loving.helping.:

    Zakwan Ramlan said...
    This comment has been removed by a blog administrator.
    Unknown said...
    This comment has been removed by the author.